Thursday, 18 May 2017

TEMPAT PENGINAPAN





Lokasi : Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu
Kelebihan : Harga berpatutan, terdapat kolam mandi, kawasan lapang yang luas
Sesuai untuk: Keluarga, berbulan madu, family day atau rombongan
Ulasan : Resort ini antara yang paling lama dan tersohor. Servis ok dan memuaskan. Suasana tepi pantai pasti memberi ketenangan dan kedamaian kepada anda semasa menginap disini. Kawasan disekitar resort luas dan lapang. Sangat sesuai dijadikan tempat untuk melakukan aktiviti berkumpulan, sukaneka atau family day.
Hubungi: Perdana Resort Sdn Bhd Jalan Kuala Pa’Amat, Pantai Cahaya Bulan, P.O Box 121. 15710 Kota Bharu, Kelantan Malaysia http://www.perdanaresort.com.my/ Tel: +09-7744000 , 019-9123440

AKTIVITI MENARIK

Taman Air Splash Kelantan


Taman Air Splash Kelantan




















Taman Air Splash ini satu destinasi santai yang sesuai untuk membawa anak anda mandimanda dan beriadah dengan kos yang sangat rendah dan dijamin puas hati.



Air Terjun Lata Berangin




Image result for air terjun lata berangin kelantan malaysia




kolam yang terdapat dikawasan tersebut selamat untuk bermandi-manda.Kawasan Air Terjun Lata Berangin juga sesuai dijadikan sebagai tempat perkhemahan secara berkumpulan



Pantai Cahaya Bulan



Pantai Cahaya Bulan

Pantai ini semestinya paling popular bagi penduduk sekitar Kota Bharu dan antara destinasi pilihan yang paling mudah diakses.Jika tidak di waktu cuti sekolah, penduduk tempatan seringkali menjadikan pantai ini sebagai destinasi perkelahan pada hujung minggu.


MAKANAN TRADISIONAL





1.Nasi Kerabu


Nasi Kerabu merupakan hidangan nasi Melayu, sejenis nasi ulam dimana nasinya berwarna biru dan dimakan dengan ikan kering atau ayam goreng, solok lada, keropok, jeruk dan sayur atau ulam yang lain. Warna biru nasi terhasil daripada kelopak bunga kembang telang yang digunakan dalam masakan itu. Nasi ini boleh juga dimasak sebagai nasi putih atau nasi menggunakan kunyit.


 2.Kuih Asam Gumpalasam gumpal



Kuih Asam Gumpal merupakan sejenis hidangan kuih tradisional Melayu yang lemak manis dan dihasilkan dengan menggunakan sagu mata ikan atau sagu biji dengan inti dan dimasak dalam kuah santan. Sagu biji yang telah direbus dengan air, dicampurkan dengan garam bagi membangkitkan rasa. Selepas itu, sagu yang telah dimasak akan diisi dengan inti dan dijemput dengan tangan kepada bentuk akhir. Biasanya, kuih ini akan digumpal menjadi bulat sebesar satu gumpalan tangan. Ia kemudiannya akan dimasak dalam kuah santan sehingga pekat. Campuran gula merah, halia dan halba juga ditambah bagi menambahkan rasa.


3.Laksam Kelantan







Laksam amat terkenal sebagai salah satu menu sarapan pagi di negeri Kelantan. Laksam yang diperbuat daripada tepung beras dan tepung jagung ini dimakan bersama kuah ikan bersantan pekat. Lebih enak sekiranya digaul bersama ulam-ulaman dan sambal belacan.


















TEMPAT MENARIK


     TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI KELANTAN


       1. Gelanggang Seni

Dalam mengejar erti pembangunan kerajaan Kelantan juga tidak pernah mengabaikan seni warisan budaya rakyat negeri ini. Sehubungan dengan itu, Gelanggang Seni yang terletak di Jalan Sultan Mahmud iaitu kira-kira 2 km dari pusat bandar Kota Bharu diwujudkan.
Pusat ini sentiasa menjadi daya tarikan kepada para pelancong dan kepada anak-anak Kelantan yang cintakan seni warisan bangsa untuk berkampung dan mempersembahkan persembahan masing-masing. Antara persembahan yang masih digemari dan kerap diadakan ialah dikir barat, Rebana Ubi, permainan gasing, dan wau bulan. Persembahan ini diadakan pada hari Rabu setiap minggu secara bergilir-gilir.
         2. Masjid kampung Laut (Lokasi : Nilam Puri)
Menurut cerita lisan tradisi, berabad-abad dahulu, para mubaligh belayar ke sepanjang kepulauan Melayu untuk menyebarkan agama Islam. Pada tahun 1730-an, sekumpulan mubaligh melalui pantai Timur Semenanjung Malaysia dalam perjalanan mereka ke Pattani di Thailand Selatan ke Jawa di Indonesia. Malangnya perahu mereka bocor dan mengalami kesulitan. Para mubaligh dalam perahu itu bersumpah bahawa kalau mereka dibawa ke pantai dengan selamat, mereka akan membina sebuah masjid dengan serta merta untuk memperingati peristiwa itu. Doa mereka dikabulkan, dan para mubaligh mendarat di Kampung Laut, Tumpat.


         3. Tokong Mek Temple (Lokasi : Kampung Cina)
Tokong Buddha dikenali sebagai Tokong Mek Temple yang terletak di Kampung Cina, Jalan Pantai Cahaya Bulan. Tokong Mek Temple adalah antara tokong yang tertua di Asia. Telah dibina pada tahun 1787 dan menjadi kebanggaan penganut Buddha di Kampung Cina, Kelantan malah di Asia. Tokong ini telah mencecah usia 220 tahun.
          4.Masjid Muhammadi Kota Bharu (Lokasi : Kota Bharu)
Masjid Muhammadi merupakan masjid yang terkenal di Malaysia secara amnya, dan secara khususnya di Kelantan. Ia merupakan Masjid Negeri dan terletak di Kota Bharu. Nama Masjid Muhammadi diambil sempena nama Sultan Muhammad ke-IV yang sangat berjasa kepada Negeri Kelantan. Ia juga dipanggil sebagai "Masjid Besar" di kalangan sesetengah rakyat Kelantan.



         5. Istana Jahar
Dibina pada tahun 1887 oleh Sultan Mohamad II untuk cucu, Kundur Long, Istana Jahar telah berubah menjadi sebuah muzium yang memaparkan warisan budaya Kelantan. Gambar-gambar dan pelbagai artifak membuktikan kepada warisan budaya yang kaya Kelantan. Bangunan itu sendiri adalah disalut dengan ukiran kayu rumit, berkhidmat sebagai contoh ketukangan denda tukang tempatan.









  BIODATA SYARIKAT



NAMA SYARIKAT      : KELANTAN COMPANY

NO. SYARIKAT           : 842336-A KPL / LN 4725

TARIKH DAFTAR       : 22 JAN 2017

ALAMAT                      : LOTC-102-A KAMPUNG
                                        JAKAR LORONG 7
                                        BUKIT BUNGA
                                        17500 TANAH MERAH
                                        KELANTAN

NO. TELEFON             : 0187632988

EMAIL                          : klatecompany@gmail.com

FAX                               : +603-46475641

Wednesday, 17 May 2017

PETA


                     PETA NEGERI KELANTAN






Negeri kelantan yang mempunyai seni budaya tradisional yang unik ini juga mempunyai sejarah persinggahsanaan yang menarik. Diriwayatkan dalam tahun 1411M (814H) di Kelantan, terdapat seorang Raja yang beragama Islam bernama Raja Ku Umar. Tetapi sehingga kini ahli-ahli sejarah masih belum dapat mengesani daripada manakah asalnya Raja Ku Umar ini. Walau bagaimanapun baginda Raja Ku Umar telah menjalinkan hubungan muhibbah dengan Maharaja china, dan sebaliknya dalam tahun 1412M, baginda Raja Ku Umar telah menerima persembahan balas berupa kain-kain sutera dan surat kepujian daripada Maharaja China itu.

TEMPAT PENGINAPAN

Lokasi   : Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu Kelebihan   : Harga berpatutan, terdapat kolam mandi, kawasan lapang yang luas Sesua...